Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURAN‘Ramai Yang Seksi, Tak Minum Arak, Tidak Berparti Atau Menyundal’ - Nadia...

‘Ramai Yang Seksi, Tak Minum Arak, Tidak Berparti Atau Menyundal’ – Nadia Annuar

PETALING JAYA – “Orang seksi ini bukan semuanya jahat.”

Demikian perkongsian pengacara Nadia Annuar seperti mempertahankan imej luaran atau penampilan sehari-harian yang tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk menilai akhlak dan peribadi seseorang wanita.

Ibarat jangan menilai buku daripada kulit, tambah Nadia atau nama lengkapnya Nadia Shahrul Annuar, 42, berkata, masih ramai individu yang berpakaian seksi namun menjalani kehidupan yang baik dan berpegang kepada nilai moral.

“Ramai saja yang seksi, tak minum arak, tidak berparti atau menyundal. Jadi, jangan tolonglah jangan terlalu cepat menghakimi.

“Masanya akan tiba. Percayalah, kita dinilai bukan hanya berdasarkan apa yang kita pakai atau tidak pakai,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, kakak kepada pelakon Harris Anuar itu menyeru orang ramai agar mengamalkan sikap lebih empati dan menghormati antara satu sama lain.

“Marilah kita terus berbuat baik dan saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya.

Kenyataan tersebut dipercayai dimuat naik susulan kecaman segelintir pihak terhadap penampilan Nadia yang dianggap seksi.

Bagaimanapun, Nadia difahamkan sudah memadam hantaran berkenaan dalam Threads.

Sebelum ini, Nadia mengundang kejutan dan dikecam hebat selepas memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung pada hari kelahirannya yang ke-39.

Mengakui kesalahan sendiri, Nadia merayu agar perbuatan tersebut tidak dikaitkan dengan ibunya yang juga usahawan popular, Zaiton Hassan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Siapa Nak Berlagak Diva? Air Muka Saya Memang Keras’ – Chacha...

0
KUALA LUMPUR – Dituduh berlagak diva, pelakon Chacha Maembong mengakui pernah dicop sombong hanya disebabkan raut wajahnya yang tampak garang apabila keletihan. Chacha atau Siti...

CATEGORIES