Bagi memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menangani keselamatan Internet di Negeri Sembilan, MCMC Pejabat Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH Dato’ Alzafny bin Ahmad, DCP, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Seremban.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kolaborasi strategik antara MCMC dan PDRM dalam usaha membendung jenayah siber melalui pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan kapasiti melalui kursus penguatkuasaan jenayah siber, perkongsian maklumat dan kepakaran, kerjasama siasatan, serta pelaksanaan program advokasi Kempen Internet Selamat.
Semoga kolaborasi ini terus mempertingkatkan kerjasama dan sinergi antara kedua-dua agensi, sekali gus mengoptimumkan penggunaan sumber dalam memerangi jenayah siber yang semakin kompleks dan mencabar.





