Wednesday, June 24, 2026
HomeBERITAMCMC Dan MKN WP Kuala Lumpur Perkasa Kesiapsiagaan Keselamatan Siber Barisan Hadapan

MCMC Dan MKN WP Kuala Lumpur Perkasa Kesiapsiagaan Keselamatan Siber Barisan Hadapan

Program anjuran MCMC Wilayah Persekutuan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) WP Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), MKN, YBrs. Tuan Badrul Shah Mohd Idris. Turut hadir ialah Pengarah Kanan MCMC Wilayah Tengah, YBrs. Encik Mohamad Rizal Ahmad, serta Pengarah MKN WP Kuala Lumpur, YBrs. Encik Mohamad Shukri Nawi.

Seramai 160 peserta daripada agensi penyelamat dan keselamatan seperti MKN, PDRM, ATM, APM serta agensi-agensi berkaitan telah dihimpunkan dan diberikan pendedahan mengenai isu keselamatan siber serta kepentingan melindungi infrastruktur komunikasi negara.

Taklimat komprehensif oleh MCMC, PDRM, NACSA, MyDigital ID dan TM telah memperkukuh kefahaman peserta mengenai ancaman siber semasa serta langkah-langkah mitigasi yang relevan. Secara keseluruhan, program ini memberikan impak yang signifikan dalam meningkatkan kesiapsiagaan digital dan keupayaan respons keselamatan, khususnya kepada barisan hadapan keselamatan negara.

#MCMC #KempenInternetSelamat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES