Friday, May 1, 2026
HomeVIRALAksi Pelik Seorang Lelaki Berjalan Atas Laut

Aksi Pelik Seorang Lelaki Berjalan Atas Laut

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki yang kelihatan seperti berjalan di atas laut di Aceh baru-baru ini, lapor laman berita Prohaba kelmarin.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @rumponaluenaga pada Khamis minggu lalu. 

Ia dirakam oleh pemancing yang sedang duduk di atas sebuah bot.

Dalam video itu, seorang lelaki kelihatan seperti sedang berjalan secara santai dengan menyeberangi laut, namun sebenarnya, paras air di situ dikatakan hanya berada pada paras lutut. 

Sebuah bot kemudian berhenti di tengah laut berhampiran lelaki itu sebelum dia menghampiri dan menaiki bot tersebut.

Video itu kemudian menerima banyak komen daripada netizen dengan ada yang menyatakan bahawa terdapat beting pasir yang menyebabkan lelaki tersebut boleh berjalan di tengah laut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES