Friday, August 28, 2026
HomeSUKANSukan SEA: Kontinjen Kemboja Tarik Diri Berikutan Konflik Sempadan

Sukan SEA: Kontinjen Kemboja Tarik Diri Berikutan Konflik Sempadan

BANGKOK – Mengambil kira faktor keselamatan, Kemboja mengambil keputusan untuk membawa pulang kontinjen termasuk semua atlet serta pegawai daripada temasya Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.

Ia berikutan pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Thailand-Kemboja melibatkan kedua-dua negara sehingga menyebabkan tujuh rakyat Kemboja terbunuh selain puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Vath Chamroeun menerusi surat dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara, Seri Chaiyapak Siriwat, menjelaskan keputusan itu dibuat atas permintaan keluarga atlet.

“NOCC mengambil keputusan untuk memanggil balik delegasi Kemboja dari Sukan SEA Thailand dan akan menguruskan kepulangan mereka atas faktor keselamatan. Ia adalah permintaan daripada keluarga atlet,” katanya.

Terdahulu, Thailand sebagai tuan rumah memberi jaminan bagi memastikan keselamatan semua kontinjen, termasuk Kemboja sepanjang temasya tersebut yang berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini.

Bagaimanapun, timbul kerisauan berhubung keselamatan melibatkan atlet-atlet Kemboja yang mungkin menjadi sasaran selepas pertempuran antara kedua-dua negara di kawasan sempadan dilihat semakin serius.

November lalu, Kemboja sudah pun menarik diri daripada beberapa sukan termasuk bola sepak, judo, karate, pencak silat, gusti, petanque, wushu dan sepak takraw, namun masih kekal menyertai 13 acara lain pada edisi ke-33 itu.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Banjir Nepal: 400 Pelancong Termasuk 50 Warga Malaysia Hilang, 157 Maut

0
NEPAL - Sekurang-kurangnya 157 mayat ditemui, manakala lebih 400 pelancong dilapor masih hilang selepas runtuhan tebing lumpur dan batu mencetuskan banjir di kawasan sempadan...

CATEGORIES