Sunday, October 25, 2026
HomeHIBURAN‘Anda Akan Disenarai Hitam, Kita Duda Tapi Tak Terdesak’ - Sharnaaz Ahmad

‘Anda Akan Disenarai Hitam, Kita Duda Tapi Tak Terdesak’ – Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada golongan lelaki berstatus duda agar tidak terjebak dengan trend lagu Jamilah yang ketika ini menular dalam media sosial.

Menurut Sharnaaz, 40, dia tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama mana-mana individu dalam senarai Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM) sekiranya mereka melakukan trend tersebut.

“Kepada semua ahli dan prospek PDDM.

“Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu, anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta-merta dari persatuan,” katanya berseloroh dalam satu hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, dia menegaskan golongan duda tidak sepatutnya melakukan trend sebegitu kerana enggan dilihat seperti terdesak untuk mencari pasangan.

“Kita duda tapi bukan terdesak. Kita ada gaya,” katanya yang menggelarkan dirinya sebagai ketua merangkap presiden ‘persatuan’ tersebut.

Sharnaaz bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama termasuk selebriti yang melakukan trend tersebut.

Terdahulu, trend Jamilah meledak dalam media sosial selepas aktor, Que Haidar yang juga seorang duda menyanyikan lagu tersebut sambil baring dan tidak berbaju dalam sebuah video.

Lagu milik Jamal Mirdad itu seterusnya menjadi siulan ramai dan ramai rakan selebrti lain turut melakukan trend sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES