Sunday, November 16, 2025
HomeHIBURAN"Kami Masih Bersahabat Dan Mungkin Peminat Yang Belum Move On"

“Kami Masih Bersahabat Dan Mungkin Peminat Yang Belum Move On”

“Saya masih sahabatnya dan kami juga saling mengikuti antara satu sama lain di media sosial,” kata pelakon Fasha Sandha, 41, ketika diminta mengulas dakwaan tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik pelakon Nur Fazura.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, mereka masih bersahabat walaupun dia diserang peminat gara-gara menghadiri majlis resepsi bekas suami Fazura iaitu Fattah Amin dan pasangannya, Amira Othman sebelum ini.

Menurutnya, apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada tindakan segelintir peminat fanatik yang terlalu beremosi.

“Saya tidak mahu cakap lebih sangat takut nanti orang salah faham, tapi apa yang saya boleh katakan kami masih bersahabat.

“Saya percaya Fazura dan Fattah sudah ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing.

“Mungkin peminat yang terlalu emosi dan mempunyai banyak waktu untuk menyiasat secara mendalam. Peminat yang tidak ‘move on lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran She Dazzle Society di Taman Melawati, di sini, petang semalam.

Mengulas lanjut, kata Fasha, dia sudah lama tidak bertemu dengan Fazura dan belum mendapat masa bersesuaian untuk bercakap mengenai perkara yang diperkatakan netizen itu.

“Jadi, doa yang baik-baik sahaja untuk keluarga Fattah dan Fazura.

“Fazura tetap akan jadi ibu kepada Fatima, dan Fatima akan menjadi kakak kepada anak-anak Fattah dan Amira. Mereka akan menjadi keluarga,” katanya.

Pada masa sama, kata Fasha, suaminya, Aidil Aziz yang juga pelakon turut mengingatkannya supaya tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Menurutnya, dia memilih cara hidup yang harmoni dengan berkawan dan berbaik dengan orang lain.

“Saya adalah orang yang neutral, Aidil orang yang tenang dan selalu berpesan pada saya supaya tidak menyebelahi sesiapa dan berbuat baik pada semua. Hidup tenang dan harmoni bila kita bersangka baik dengan orang,” katanya.

Terdahulu, Fasha didakwa tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik Fazura selepas perkara itu didedahkan seorang pengguna di aplikasi Threads.

Perkara itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, apatah lagi kedua-duanya sebelum ini bersahabat baik.

Ia susulan Fasha menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Amira di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor pada 11 Oktober lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Walau Sedang Berpantang, Yana Samsudin Hadir Terima Ijazah Sarjana

0
"Sepatutnya hari ini saya bersalin… tapi takdir memberi saya peluang menjejak pentas konvokesyen!" Demikian kongsi, pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin selepas selesai istiadat konvokesyen untuk...

CATEGORIES