Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITASumud Flotilla Hanya Tinggal Satu Kapal, Marinette Mara Ke Gaza

Sumud Flotilla Hanya Tinggal Satu Kapal, Marinette Mara Ke Gaza

GAZA – Satu-satunya kapal yang masih tinggal dalam flotila bantuan antarabangsa, meneruskan pelayaran ke Gaza hari ini selepas tentera laut Israel memintas kapal-kapal lain dalam tindakan yang mencetuskan bantahan seluruh dunia.

Global Sumud Flotilla (GSF) terdiri daripada berpuluh-puluh kapal membawa ahli politik dan aktivis termasuk pejuang iklim Sweden, Greta Thunberg  belayar menuju Gaza bulan lalu, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan kebuluran semakin merebak.

Tentera laut Israel memintas mereka kelmarin dengan dan seorang pegawai tentera berkata pada hari berikutnya bahawa kapal-kapal GSF dan lebih 400 orang di dalamnya telah dihalang daripada sampai ke Gaza.

Menurut GSF, 42 kapal telah ‘dipintas secara haram’ dan penumpangnya ‘diculik secara tidak sah’.

Situasi itu meninggalkan hanya satu kapal, Marinette yang meneruskan misi untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza, demikian menurut penganjur.

“Dunia melihat apa yang berlaku apabila orang awam mencabar kepungan Israel. Namun  Marinette terus belayar.

“Ia sedar nasib kapal-kapal lain. Ia tahu apa yang menanti, namun ia enggan berpatah balik,” kata GSF di laman Instagram.

Sementara itu, penunjuk perasaan di seluruh dunia mengadakan perhimpunan semalam untuk mengecam tindakan Israel dan mendesak dunia melaksanakan sekatan lebih besar sebagai tindak balas.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES