Thursday, April 30, 2026
HomeHIBURANManis Berhijab Di Samping Jefri Nichol, Ameera Khan Pergi Kursus Kahwin?

Manis Berhijab Di Samping Jefri Nichol, Ameera Khan Pergi Kursus Kahwin?

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia berkongsi foto berhijab di samping kekasihnya, Jefri Nichol.

Gara-gara foto tersebut, ramai netizen yang meneka adik kepada Neelofa itu menghadiri kursus kahwin untuk menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat.

“Pergi kurus kahwin ke?”, soal netizen di bahagian komen.

Netizen turut memuji penampilan Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, yang kelihatan sopan dan manis memakai hijab.

“Aura calon pengantin sangat kuat. Kan manis dan sopan berhijab. Semoga jodoh berkekalan dan dipermudahkan segala urusan,” komen netizen.

Hubungan cinta Ameera dan Jefri yang merupakan pelakon terkenal dari Indonesia mula hangat diperkatakan sejak awal tahun ini.

Mereka juga secara terbuka menghadiri beberapa majlis di Kuala Lumpur dan Jakarta bersama. Malah, Jefri kelihatan begitu akrab dengan keluarga Ameera terutamanya ibu dan bapanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Kapal Yang Dinaiki ZRA Ditahan Israel

0
PETALING JAYA – Kapal dinaiki aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA dilaporkan telah ditahan tentera Israel awal pagi tadi ketika dalam pelayaran ke...

CATEGORIES