Friday, April 17, 2026
HomeVIRALGambar Pengantin Di Tanah Perkuburan Jadi Tempat Pilihan?

Gambar Pengantin Di Tanah Perkuburan Jadi Tempat Pilihan?

SINGAPURA  – Sepasang kekasih di Singapura yang bekerja dalam sektor pengebumian melanggar pantang larang apabila merakam gambar praperkahwinan mereka di Tanah Perkuburan Bukit Brown, lapor portal berita MSNews semalam.

Mereka juga berpakaian serba hitam dan bergambar bersama keranda sebagai latar belakangnya, lapor Kosmo.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, pemilik syarikat Funeral Home Team, Glenn Tan, 29, akan melangsungkan perkahwinan dengan Rainer Lay yang bekerja sebagai pengurus mayat pada bulan ini.

Menurut Kosmo, dalam tindakan yang mengingkari tradisi, pasangan itu merakam gambar mereka bersama di Tanah Perkuburan Bukit Brown, September lalu.

Lay mendedahkan bahawa pasangan itu bertemu melalui pekerjaan mereka. 

“Kami sentiasa berhadapan dengan orang mati dan keranda. Kami menghabiskan banyak masa di tempat kerja. Jadi, bagi kami, tanah perkuburan adalah tempat yang sangat bermakna,” ujarnya. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES