Tuesday, November 10, 2026
HomeBERITAKami Tidak Mahu Pampasan, Kekalkan Tanah Warisan – Rafidah Ibrahim

Kami Tidak Mahu Pampasan, Kekalkan Tanah Warisan – Rafidah Ibrahim

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Sungai Baru menegaskan mereka tidak mahukan pampasan daripada pemaju sebaliknya mahu tanah warisan di kawasan itu kekal turun-temurun.

Mewakili penduduk aktivis, Rafidah Ibrahim berkata, tindakan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi operasi pengosongan di kampung tersebut menyebabkan penduduk dipaksa menerima pampasan yang ditawarkan.

“Kami tidak mahu pampasan atau duit pemaju yang tidak seberapa. Apa yang kami mahu ialah tanah warisan ini dikekalkan untuk generasi seterusnya.

“Pampasan bukan isu utama bagi (penduduk) Kampung Sungai Baru,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Rafidah turut berkongsi pengalaman operasi pengosongan pada semalam yang disifatkan dilakukan secara rakus tanpa memikirkan keselamatan penduduk.

Terdahulu media melaporkan, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nam Ron Dan June Lojong Terkejut Tercalon ABPBH 38

0
KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon suami isteri, Nam Ron dan June Lojong, masing-masing terkejut apabila berjaya melangkah ke senarai calon Anugerah Bintang Popular Berita...

CATEGORIES