Tuesday, August 11, 2026
HomeBERITAHamas Bersetuju Dengan Cadangan Gencatan Senjata 60 Hari

Hamas Bersetuju Dengan Cadangan Gencatan Senjata 60 Hari

BANDAR GAZA – Hamas bersetuju terhadap cadangan gencatan senjata baharu untuk Gaza, kata seorang anggota kanan kumpulan itu semalam susulan desakan diplomatik untuk menamatkan perang selama lebih 22 bulan.

Pengantara Mesir dan Qatar yang disokong Amerika Syarikat telah bergelut untuk mendapatkan gencatan senjata berkekalan dalam konflik itu.

Selepas menerima cadangan baharu daripada pengantara, Hamas berkata, ia bersedia untuk perbincangan.

“Pergerakan ini telah mengemukakan respons dan bersetuju dengan cadangan baharu pengantara. Kami berdoa untuk memadamkan api perang ini ke atas rakyat kami,” kata pegawai kanan Hamas, Bassem Naim di laman Facebook.

Terdahulu, sumber Hamas memberitahu AFP bahawa kumpulan itu menerima cadangan tersebut tanpa sebarang pindaan.

Mesir berkata, ia dan Qatar telah menghantar cadangan baharu itu kepada Israel sambil menambah, keputusan kini terpulang kepada Tel Aviv.

Israel masih belum memberi respons setakat ini.

Menurut laporan saluran berita Al-Qahera, perjanjian itu mencadangkan gencatan senjata awal selama 60 hari, pembebasan sebahagian tebusan, pembebasan beberapa tahanan Palestin dan peruntukan untuk membolehkan kemasukan bantuan ke Gaza.

Sumber: KOSMO! ONLINE (AFP)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sampai Liang Lahad Saya Bangga Ada Darah Malaysia, Indonesia’ – Aisha...

0
SHAH ALAM – “Saya faham risiko mempunyai darah campuran. Saya ambil yang jernih dan buang yang keruh.” Demikian komen penyanyi Aisha Retno apabila dikecam menggunakan...

CATEGORIES