Monday, September 21, 2026
HomeSUKANHakim Danish Bertekad Buru Podium Pada Perlumbaan Di Austria

Hakim Danish Bertekad Buru Podium Pada Perlumbaan Di Austria

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli bertekad menamatkan saingan di atas podium pada Pusingan Keenam Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Red Bull Ring, Spielberg, Austria hujung minggu ini.

Hakim yang kini mendahului carta keseluruhan dengan kelebihan 13 mata berbanding pencabar terdekat dari Sepanyol, Brian Uriarte, sedar betapa pentingnya aksi kali ini dalam misi mempertahankan kedudukan teratas.

Litar Red Bull Ring sepanjang 4.35 kilometer (km) dengan 11 selekoh, lapan ke kanan, tiga ke kiri serta laluan lurus sejauh 810 meter (m) dijangka menguji sepenuhnya ketangkasan dan ketepatan pelumba dari Terengganu berusia 18 tahun itu.

“Saya teruja untuk turun berlumba hujung minggu ini.

“Harap dapat raih podium dan kekal fokus sepanjang perlumbaan.

“Mohon doa semua agar segala usaha membuahkan hasil,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

600 Penduduk Orang Asli Terkandas, Jambatan Linggi Ditenggelami Air

0
GUA MUSANG – Kira- kira 600 penduduk Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir terkandas selepas Jambatan Linggi yang menjadi laluan utama mereka ditenggelami...

CATEGORIES