Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANSofyank Teruja Jumpa Jackie Chan Di Beijing, Impian Sejak Kecil Tercapai

Sofyank Teruja Jumpa Jackie Chan Di Beijing, Impian Sejak Kecil Tercapai

PEMPENGARUH media sosial dan pakar kandungan visual, Sofyank, meluahkan rasa syukur apabila impian zaman kanak-kanaknya untuk bertemu dengan pelakon legenda Hong Kong, Datuk Jackie Chan, akhirnya menjadi kenyataan dalam satu acara pelancaran filem di Beijing baru-baru ini.

Sofyank, atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah, 29, berkongsi keterujaan itu menerusi hantaran di media sosial.

Dia menyifatkan pertemuan tersebut sebagai momen yang sangat berharga walaupun perancangan asal untuk merakam video kesan khas (VFX) bersama Jackie Chan tidak dapat direalisasikan akibat kekangan masa.

“Alhamdulillah, waktu di Beijing kami berpeluang untuk bertemu dengan aktor legenda dunia, Jackie Chan.

Plan asal kami memang nak rakam video VFX bersama beliau. Tapi disebabkan kesuntukan masa, pelan itu tak kesampaian.

“Tapi tak mengapa, dapat bertentang mata dan berbual seketika dengan ikon yang telah mewarnai zaman kanak-kanak kita semua, sudah cukup memadai,” katanya.

Pertemuan tersebut berlangsung sempena pelancaran filem “The Shadow’s Edge”, yang turut dihadiri beberapa nama besar industri hiburan Asia.

Sofyank menyifatkan pengalaman itu sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan kandungan kreatif yang memberi hiburan dan nilai tambah kepada penonton.

“Insya-Allah, kalau diberi peluang satu hari nanti, kami mahu hasilkan konten untuk tayangan di layar perak pula. Doakan ya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sofyank pernah mencuri perhatian antarabangsa apabila berpeluang merakam video VFX bersama bintang Hollywood, Tom Cruise, di Tokyo pada Mei lalu bagi mempromosikan filem “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One”.

Sumber: Astro Awani

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pencipta Lagu BTS, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN Tulis Lagu Baharu Untuk...

0
Kumpulan M-Pop ALPHA terus mencuri perhatian apabila mendedahkan salah satu lagu dalam album debut mereka, The First Wave, yang melibatkan penulis lagu terkenal di...

CATEGORIES