Seperti yang kita tahu, Dataran Merdeka sekali lagi menjadi saksi sejarah. Kelmarin, dianggarkan puluhan ribu rakyat membanjiri medan simbolik itu dalam satu gelombang himpunan yang digelar Turun Anwar.
Dengan laungan, sepanduk, dan suara rakyat yang menggelegar, mesejnya jelas iaitu ketidakpuasan terhadap kepimpinan semasa yang semakin memuncak. Tetapi soalnya kini, apa selepas lautan manusia itu surut?
Gerakan rakyat tidak seharusnya berakhir dengan sorakan di jalanan. Sejarah membuktikan, perubahan sebenar berlaku apabila semangat himpunan diterjemah kepada tindakan berstrategi dan berterusan.
Jika tidak, himpunan itu hanya sekadar menjadi ‘festival’ luahan emosi. Bergema laungan dari setiap jalan. Berarak menuju ke Dataran Merdeka membawa suara yang dipendam. Penuh tenaga tetapi hakikatnya cepat dilupakan.
Suara keramat di jalanan tak beri makna jika tidak diterjemahkan pada pilihan raya umum.Pemimpin gerakan perlu mengelak daripada terlalu mendewakan angka kehadiran.
Sumber : Sinar Harian





