Friday, July 31, 2026
HomeBERITABNM Beri Amaran, Serangan Siber Dari Penyokong Israel

BNM Beri Amaran, Serangan Siber Dari Penyokong Israel

PETALING JAYA – Notis tular berhubung kemungkinan serangan siber yang dikeluarkan platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) terhadap institusi kewangan dalam negara hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Tanpa memperincikan notis amaran itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan berkata, amaran yang dikeluarkan FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber, lapor Kosmo.

“FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu notis FinTIP kepada institusi kewangan di negara ini berhubung kemungkinan serangan siber daripada penggodam pro-Israel.

Amaran berkenaan turut menyeranaikan 10 kumpulan penggodam pro-Israel yang dikenal pasti berkemungkinan melakukan serangan balas iaitu Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult, Kerala Cyber Xtractor, Silentone, Indian Cyber Force dan Garuna Ops.

Selain itu, turut disenaraikan adalah Israel Cyber Defence, Termux Israel, Anonymiss, Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Yusry Kembali Dengan Album Solo ‘Eternal’ Selepas Lebih Dua Dekad

0
PETALING JAYA: Selepas lebih dua dekad tidak tampil dengan album solo, Datuk Yusry Abdul Halim kembali mempertaruhkan buah tangan terbaharu berjudul ‘Eternal’ yang menampilkan...

CATEGORIES