Sunday, May 31, 2026
HomeBERITAPM Umum Penghargaan Buat Rakyat Pukul 10.30 Pagi Esok – Fahmi

PM Umum Penghargaan Buat Rakyat Pukul 10.30 Pagi Esok – Fahmi

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membuat satu pengumuman khas sebagai penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia pada esok.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di akaun rasmi Facebook berkata, pengumuman itu akan dibuat pada pukul 10.30 pagi.

“Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai. Nantikan,” tulis beliau ringkas.

Semalam, Anwar memaklumkan pengumuman berkaitan penghargaan luar biasa rakyat akan dibuatnya pada hari ini atau esok.

Anwar berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin.

Minggu lalu dalam hantaran di laman sosial, Anwar memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya kerana tiada penjelasan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES