KUALA LUMPUR, 30 JUN 2025 — AirAsia MOVE (MOVE), platform Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) milik Capital A, berbangga menjadi Rakan Pelancongan Rasmi bagi Zurich Liga 7×7 All Stars 2025, festival bola sepak dan gaya hidup paling dinanti-nantikan di Malaysia yang akan berlangsung pada 19 Julai 2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama yang menarik ini, platform penjualan tiket acara MOVE, iaitu MOVETIX, telah diberi hak eksklusif untuk menjual MOVETIX Exclusive Legends Experience, yang merangkumi akses bertemu dan beramah mesra bersama lagenda bola sepak antarabangsa John Terry, Dimitar Berbatov, Ryan Giggs serta pemain kebanggaan Malaysia, Safee Sali.
Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 bukan sekadar perlawanan bola sepak. Ia adalah festival sukan, muzik, makanan dan hiburan, di mana ikon bola sepak antarabangsa seperti John Terry, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov akan beraksi bersama legenda tempatan dan para influencer dalam format 7-sebelah yang mendebarkan. Acara ini menjanjikan cabaran interaktif, barangan eksklusif, persembahan langsung, serta aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga—menjadikannya hari yang paling bermakna untuk peminat dari semua peringkat umur.
Tempah MOVETIX Exclusive Legends Experience anda di MOVETIX sekarang pada harga hanya RM850!* Berikut adalah pengalaman eksklusif yang anda akan nikmati:
- Laluan masuk ekspres ke acara
- Tempat duduk premium di tepi padang untuk tontonan terbaik
- Gambar berkumpulan bersama keempat-empat legenda bola sepak (John Terry, Ryan Giggs, Dimitar Berbatov, Safee Sali)
- Sesi autograf (bawa barangan atau pakaian kegemaran anda!)
- Laluan khas di gerai barangan Liga X
- Hidangan ringan di tepi padang
- Baucar diskaun eksklusif untuk Penerbangan & Penginapan melalui aplikasi MOVE: RM100 diskaun* SNAP (Penerbangan + Hotel) dan RM60 diskaun* Hotel
Hassan Choudhury, CEO MOVETIX berkata, “Ini lebih daripada sekadar tiket—ia adalah pas barisan hadapan ke dunia bola sepak, muzik dan budaya. Kami berbesar hati menjadi platform eksklusif yang membawa pengalaman VIP bertaraf tinggi ini kepada peminat bola sepak di seluruh rantau ini. Di MOVETIX, kami bukan sekadar menjual tiket; kami menyusun detik-detik yang tidak dapat dilupakan, yang disepadukan dalam ekosistem MOVE yang merangkumi penerbangan, hotel, pengangkutan lapangan terbang dan pengalaman—bagi melengkapkan setiap perjalanan.”
Untuk kemas kini terkini, ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi di Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih lancar dan mudah.





