Sunday, May 31, 2026
HomeSUKANManchester United Sedia Lepas 10 Pemain Secara Percuma

Manchester United Sedia Lepas 10 Pemain Secara Percuma

LONDON: Manchester United mengesahkan 10 pemain akan dilepaskan daripada kontrak mereka pada hujung musim selepas kelab itu mengharungi kempen yang amat mengecewakan.

Antara nama besar yang akan meninggalkan kelab adalah Christian Eriksen, Victor Lindelof dan Jonny Evans – yang pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta menjulang trofi Liga Juara-Juara semasa tempoh pertamanya di Old Trafford.

Eriksen menjaringkan gol dalam penampilan terakhirnya untuk kelab apabila menyempurnakan sepakan penalti ketika menang 2-0 ke atas Aston Villa pada hari terakhir musim EPL, namun pemergiannya sudah lama dijangka.

Turut akan meninggalkan kelab adalah kapten Sweden, Lindelof yang bergelut dengan prestasi tidak konsisten sepanjang tujuh musim bersama United selepas berpindah dari Benfica dengan nilai £40 juta (RM229 juta) pada tahun 2017.

Penjaga gol simpanan, Tom Heaton juga termasuk dalam senarai pemain yang akan dilepaskan secara percuma, namun dia kini sedang berunding dengan pengurusan kelab mengenai kemungkinan sambungan kontrak baharu.

Senarai pemergian turut membabitkan beberapa pemain akademi – Hubert Graczyk, Jack Kingdon, Sam Murray, Tom Myles, James Nolan dan Tom Wooster.

“Akademi kami berbangga dengan semua pemain muda yang akan meninggalkan kelab dari pelbagai peringkat umur. Mereka akan dibantu untuk mendapatkan kontrak baharu bersama kelab lain, disediakan dengan program penjagaan selepas karier dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Manchester United seumur hidup,” menurut satu kenyataan United.

Pemergian besar-besaran itu berlaku selepas United melakar pencapaian paling buruk dalam sejarah EPL mereka musim lalu.

Skuad kendalian Ruben Amorim menamatkan musim di tangga ke-15 dan menutup kempen yang mengecewakan dengan kekalahan 1-0 di tangan Tottenham Hotspur pada final Liga Europa di Bilbao.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES