Thursday, June 18, 2026
HomeHIBURANDuduk Sebelah Bella, Cara Syed Saddiq Atasi Stres

Duduk Sebelah Bella, Cara Syed Saddiq Atasi Stres

PETALING JAYA – “Duduk sebelah Bella.”

Demikian jawapan spontan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membikin ramai netizen tidak keruan.

Semuanya selepas pelakon dan penyanyi Bella Astillah membacakan satu soalan tentang bagaimana cara ahli politik muda itu mengendalikan emosi ketika berdepan tekanan atau stres.

“Saya ada soalan. Cara YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq atasi stres?,” soalnya.

Kedua-dua mereka lantas ketawa selepas mendengar jawapan Saddiq.

Ramai yang teruja dengan perbualan Bella dan Saddiq dalam siaran langsung tersebut.

“Inilah perkataan yang menggambarkan perasaan dia sekarang,” kata peminat.

“Alhamdulillah, begitu yakin dia menjawab. Aku suka lelaki ‘gentleman’,” ujar pengikut.

“Ini sah tak boleh berjauhan dengan Bella,” tutur peminat lain.

Sebelum ini, Bella dan Saddiq pernah berkolaborasi dalam kempen jenama pakaian tempatan, malah Saddiq turut muncul dalam video muzik lagu Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella sendiri.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Suka Lelaki Pandai Bertukang, Buat Wiring’ – Zara Zya

0
PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya mendedahkan tertarik kepada lelaki yang memiliki kemahiran melakukan kerja berkaitan teknikal dan tugasan berat. Zara atau nama sebenarnya Zainurul...

CATEGORIES