Tuesday, November 17, 2026
HomeHIBURANKolaborasi PM, Ejen Ali Sempena Hari Guru 2025

Kolaborasi PM, Ejen Ali Sempena Hari Guru 2025

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Guru 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan perutusan penghargaan istimewa buat pendidik di seluruh negara menerusi kolaborasi kreatif bersama watak animasi kebanggaan tempatan, Ejen Ali.

Video perutusan imaginatif ini memaparkan rakaman aksi nyata (live-action) Anwar yang melangkah masuk ke dalam dunia animasi tiga dimensi Ejen Ali untuk bersama meraikan peranan guru dan sumbangan mereka dalam membentuk nilai pendidikan moden.

Initiatif ini sempena pelancaran Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi, sekali gus menjadi pendekatan baharu yang lebih mesra dengan generasi muda.

Melalui klip video itu, Anwar tampil dengan ucapan penuh makna berbunyi:

“Hari ini kita berkumpul untuk meraikan wira luar biasa, guru-guru kita. Seperti ejen-ejen terhebat, mereka sentiasa berjuang di medan ilmu, memastikan misi pendidikan tercapai.

“Semangat mereka tinggi menjulang menjadi tunjang utama negara kita. Saya bersama wira muda kita, Ejen Ali dan rakan-rakannya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita, mengajar kita, mendidik kita, menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi Madani.

“Sebab itu Ejen Ali, ingat jangan ada angkuh, buli, Ejen Ali akan ada dan bantu kita.”

Dalam ucapan sempena sambutan Hari Guru 2025 bertemakan Guru Pemacu Reformasi Pendidikan, Anwar menegaskan

guru memegang peranan penting sebagai ejen transformasi pendidikan. Tambahnya, guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah tunjang utama kemajuan bangsa dan wira sebenar yang mencorak masa depan negara.

Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menghargai, menghormati dan menyanjung tinggi pengorbanan guru yang jasanya tidak ternilai dan kekal terpahat dalam setiap kejayaan anak bangsa.

Sementara itu, Primeworks Studios (PWS) dalam kenyataan menyebut, seiring seruan Perdana Menteri agar guru disanjung tinggi, kerjasama dengan watak utama siri animasi tempatan yang disayangi ramai, iaitu Ejen Ali, bukan sekadar hiburan, malah, menjadi lambang aspirasi selaku ikon keberanian, keazaman dan nilai positif dalam kalangan kanak-kanak serta remaja Malaysia.

Tambah kenyataan itu, nilai inilah yang menjadi teras utama perwatakan Ejen Ali dalam EATM2, yang mengetengahkan tema perjuangan, integriti dan keberanian menegakkan kebenaran, iaitu selari dengan peranan guru dalam dunia nyata.

PWS berharap ucapan istimewa PMX bersama Ejen Ali dapat menyemarakkan semangat menghargai guru, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Usah sekadar dengar cerita, alami sendiri evolusi epik dunia EATM2 di layar perak mulai 22 Mei ini. Filem animasi penuh aksi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan menyajikan pengalaman menonton yang mengujakan. Kepada peminat tegar Ejen Ali, tiket tayangan awal pada 20 dan 21 Mei ini sudah boleh dibeli sekarang.

EATM2 dibawakan PWS dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Terus membakar semangat anda menjelang tayangan EATM2 dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial PWS.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hazama Tolak Sertai GVF Demi Komitmen Kerja Yang Dipersetujui Awal

0
KUALA LUMPUR – Komitmen kerja yang telah dipersetujui lebih awal menjadi punca penyanyi Hazama tidak dapat menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), sekali gus...

CATEGORIES