Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITAPemuda Maut Rempuh Motosikal Keluar Simpang

Pemuda Maut Rempuh Motosikal Keluar Simpang

MUAR – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah motosikal yang keluar dari simpang secara mengejut di Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Yunos Abdullah, 27, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian.’

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia 27 tahun menunggang motosikal di laluan utama dari arah Parit Bakar ke Parit Jawa.

“Motosikal mangsa terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang keluar secara mengejut dari Simpang Parit Amat iaitu di sebelah kiri laluan utama.

“Akibat pelanggaran tersebut pemuda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal terbabit cedera parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.
Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MDKD 2026 Edisi Lembah Klang Perkasa Komuniti Sentul Dengan AI Dan...

0
Kuala Lumpur, 14 November 2026 – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital...

CATEGORIES