Monday, August 10, 2026
HomeBERITAMeta Sekat Akses Laman Sesawang Berita Islam di India

Meta Sekat Akses Laman Sesawang Berita Islam di India

WASHINGTON: Meta menyekat sebuah laman sesawang berita Islam yang terkenal di Instagram di India atas permintaan kerajaan negara itu, kata pengasas akaun berkenaan, Ameer Al-Khatahtbeh.

Beliau menyifatkan tindakan terhadap laman yang mempunyai 6.7 juta pengikut itu sebagai ‘penapisan’ ketika ketegangan antara India dan Pakistan terus memuncak.

Pengguna Instagram di India yang cuba mengakses kandungan daripada akaun @Muslim disambut dengan mesej: ‘Akaun tidak tersedia di India. Ini kerana kami mematuhi permintaan undang-undang untuk menyekat kandungan ini’.

Tiada reaksi segera daripada kerajaan India berhubung sekatan itu, yang turut berlaku selepas akses kepada akaun media sosial pelakon dan pemain kriket Pakistan turut disekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES