Thursday, July 2, 2026
HomeBERITAKonvensyen Rakan Muda 2025 Perkukuh Gerakan Belia Negara Secara Strategik

Konvensyen Rakan Muda 2025 Perkukuh Gerakan Belia Negara Secara Strategik

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Rakan Muda 2025 bertempat di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur hari ini. Konvensyen Rakan Muda 2025 yang berlangsung selama dua hari pada 26 hingga 27 April 2025 telah berjaya menghimpunkan lebih 200 pemimpin Kelab Rakan Muda (KRM) dan Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (SRM IPT) dari seluruh negara termasuk dari Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Konvensyen ini merupakan medan penting bagi pemerkasaan 87 Kelab Rakan Muda di peringkat komuniti dan 104 SRM IPT yang kini berperanan sebagai penggerak program-program di bawah 10 Gaya Hidup Rakan Muda di peringkat akar umbi. Penganjuran konvensyen ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkasa pemimpin muda selari dengan nilai teras Kesejahteraan dan Keyakinan dalam Malaysia MADANI.

YB Hannah Yeoh menegaskan bahawa Rakan Muda amat penting sebagai gerakan nasional belia yang inklusif, progresif dan menyeluruh. Antara pengisian utama konvensyen termasuk Forum bertajuk Cabaran & Pengukuhan Peranan Rakan Muda serta Menyemarakkan Semangat Volunteerisme, Pengukuhan Urus Tadbir Organisasi, Kaedah Pengurusan Organisasi & Penilaian Impak Program, Perbincangan Strategik “Rakan Muda: Are You Ready?” dan Taklimat Dana Rakan Muda.

Konvensyen Rakan Muda 2025 mencerminkan komitmen KBS untuk memastikan penyertaan belia dalam pembangunan negara adalah bermakna, berstruktur dan mampan. Rakan Muda akan terus diberi ruang dan sokongan melalui program pembiayaan, bimbingan serta jaringan kerjasama antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

Sekretariat Konvensyen Rakan Muda 2025, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) boleh dihubungi untuk sebarang maklumat lanjut berhubung penganjuran program ini di talian 03-8871 3324 atau e-mel di jbsn@kbs.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Perbaharui Kontrak Penganjuran MotoGP™ Malaysia Bagi Tempoh 2027 Hingga 2031

0
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pembaharuan kontrak penganjuran Malaysia Motorcycle Grand Prix (MotoGP™ Malaysia) bagi tempoh lima tahun lagi bermula tahun...

CATEGORIES