Monday, May 25, 2026
HomeBERITA'MUDA Sabah Mungkin Bertanding Kurang 10 Kerusi DUN Pada PRN17 Sabah' -...

‘MUDA Sabah Mungkin Bertanding Kurang 10 Kerusi DUN Pada PRN17 Sabah’ – Faezrah

KOTA KINABALU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sabah memberi bayangan hanya bertanding kurang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijadualkan berlangsung tahun ini.

Pemangku Pengerusi MUDA Sabah, Faezrah Rizalman, berkata pihaknya menyedari kekuatan persiapan jentera parti itu bagi menghadapi PRN17 yang masih berskala kecil untuk menyasarkan lebih banyak kerusi.

“Memandangkan kita (MUDA) boleh dikatakan baharu dan tidak (berskala) besar, ada parti (politik) yang lebih besar di sini, jadi kita tengok kemampuan (persiapan jentera) macam mana.

“Kita mungkin (bertanding) tidak lebih 10 kerusi DUN saja pada PRN17,” katanya selepas penyempurnaan Pelancaran Teroka by MUDA di Sabah di sini, semalam.

Turut hadir, Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz.

Faezrah berkata, pihaknya sudah membuat persediaan menghadapi PRN17 dan mengambil iktibar daripada kekalahan mereka ketika bertanding kerusi Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Dulu (bertanding) di Kota Marudu, kita boleh anggap ia sebagai ‘testing ground’, lagipun pilihan raya (PRU15) dilaksanakan awal sikit. Bagaimanapun, PRN17 ini Insya- Allah jika ada peluang, kita cuba lagi,” katanya.

Faezrah berkata, MUDA Sabah juga akan menumpukan kawasan DUN yang berdekatan bandar, selain mengakui pihaknya masih membuka pintu rundingan kerjasama dengan parti lain di negeri ini.

Beliau turut mengakui terdapat perbincangan secara tidak rasmi berkenaan kerjasama PRN17 dilakukan dengan parti lain, namun menegaskan pihaknya lebih cenderung mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama bersama parti yang mempunyai hala tuju sama dengan MUDA Sabah.

“Saya fikir asalkan ideologi dan perjuangan mereka itu lebih kurang sama dengan apa yang kita mahu bawa terutama di Sabah, itu yang kita tengok dulu dan keutamaan di situ,” katanya.

Sementara itu, Amira Aisya berkata, pihaknya memberikan autonomi sepenuhnya kepada MUDA Sabah merangka kerjasama bersama parti lain menjelang PRN17.

“Soal kerjasama politik antara parti dan sebagainya, kita beri ruang autonomi besar kepada Faezrah dan pimpinan MUDA Sabah merangka sendiri pergerakan di Sabah.

“Asalkan dasar perjuangan, polisi mereka bentangkan dan segala kerjasama dibuat itu tidak melanggar asas demokratik sosial yang diperjuangkan MUDA,” katanya.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Terkorban Dalam Tragedi Bangunan Runtuh Di Filipina

0
MANILA – Seorang rakyat Malaysia terkorban dalam satu kejadian runtuhan sebuah hotel setelah sebuah bangunan berdekatan dengannya yang sedang dalam pembinaan runtuh. Kejadian berlaku di...

CATEGORIES