Sunday, May 31, 2026
HomeBERITALelaki Warga Emas Pulang Dari Surau Maut Kemalangan

Lelaki Warga Emas Pulang Dari Surau Maut Kemalangan

KUALA NERUS – Seorang lelaki warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat isyak berjemaah di surau selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Pengkalan Arang di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 9.35 malam itu, mangsa, Ali Mohamed, 77, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Ali dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tebauk di sini.

Beliau berkata, lelaki warga emas tersebut dikatakan baru selesaikan menunaikan solat isyak berjemaah di Surau Pengkalan Arang di sini.

“Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan menyeberang jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan pikap, Ford Rangers yang gagal mengelak.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, pemandu Ford Rangers yang merupakan seorang pekerja kafe di Gong Badak di sini berusia 21 tahun pula tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES