Sunday, October 25, 2026
HomeHIBURAN“Semua Lelaki Yang Saya ‘Date’ Perangai Macam Sampah”

“Semua Lelaki Yang Saya ‘Date’ Perangai Macam Sampah”

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial Leona melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan beberapa lelaki yang pernah berjanji temu (dating) dengannya sebagai sampah.

Menurut Leona, 23, dia sendiri mengakui perkara tersebut mula, namun tetap bimbang sekiranya tidak bertemu dengan lelaki yang diidam-idamkan sebagai suami.

“Tahu tak apa masalah yang saya sedang hadapi? Semua perangai lelaki yang saya bertemu janji (date) adalah ‘trash’ (sampah) dan saya berhenti melakukannya.

“Tapi kalau saya berhenti pergi ‘date’, bagaimana dengan rancangan saya nak kahwin dan adakah akan kekal berstatus solo?,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Tambah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, dia mengambil serius mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga lebih-lebih lagi sudah menamatkan pengajian di sebuah universiti di United Kingdom, London.

“Saya baru sahaja graduasi dan tamat tempoh pengajian, memang sangat serius untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Tapi setiap lelaki yang saya jumpa adalah ‘no!'(tidak memenuhi kriteria).

“Saya tidak begitu kisah soal penampilan, tapi apa yang saya patut lakukan kalau personaliti dia lebih teruk daripada rupa?

“Sudahlah tak comel sangat kemudian personaliti sampah, macam itu ke standard lelaki sekarang,” katanya lagi.

Dalam masa sama, ibunya, Chempaka Emalin Pahamin juga turut menitipkan nasihat agar dia memberi sepenuh usaha sekiranya mahu mendapatkan calon suami yang terbaik.

“Jadi, saya fikir tak perlulah dan perbaiki diri sahaja. Tapi, kalau saya tak lakukan, bagaimana nak jumpa seseorang?

“Mak saya kata, kena letak usaha untuk cari orang yang tepat untuk bertemu dengan individu terbaik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Leona, 22, pernah menyuarakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga pada 2025 biarpun belum mempunyai kekasih.

Azhar mengizinkan sekiranya Leona mahu berkahwin awal bagaimanapun meletakkan beberapa syarat kepada mana-mana individu yang bakal menjadi menantunya seperti bukan perokok dan tidak bekerja sebagai doktor mahupun arkitek.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES