Wednesday, August 19, 2026
HomeBERITALelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Papan Tanda

Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Papan Tanda

SEPANG – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di Bandar Serenia menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kota Warisan di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Keadaan di lokasi kemalangan di Bandar Serenia menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kota Warisan, di sini, pada Khamis.

“Tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda.

“Mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sumber – Sinar Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azad Bagi ‘Hint’ Ammara Bakal Bekerjasama Dengan No Na

0
KUALA LUMPUR – Meskipun single anaknya, Ammara yang berjudul Slay menerima kecaman negara seberang, penyampai radio dan pelakon, Azad Jazmin, menganggap kontroversi tersebut sebagai...

CATEGORIES