Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITA‘Baru Tadi Nampak Tuan Rumah’

‘Baru Tadi Nampak Tuan Rumah’

TALLAHASSEE, FLORIDA – Pemilik sebuah rumah di negeri Florida merakam situasi cemas dua ekor aligator muncul di luar rumahnya sebelum salah seekor reptilia itu berdiri di hadapan pintu, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam satu rakaman video loceng pintu, dua ekor aligator pada awalnya dilihat berlegar-legar di anjung hadapan rumah.

Salah seekor daripada haiwan itu kemudian berdiri di hadapan pintu sambil mengintai ke dalam rumah, seolah-olah seperti seseorang yang menunggu pintu dibuka dari dalam.

Tidak dinyatakan situasi seterusnya, namun video itu dimuat naik di laman sosial Reddit dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Ia semakin bijak. Tidak hairanlah haiwan ini digelar dinosaur yang masih hidup,” kata seorang netizen.

“Anda tahu apa yang lebih menakutkan? Ia boleh memanjat pokok dan pagar,” kata pengguna media sosial lain.
Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MDKD 2026 Edisi Lembah Klang Perkasa Komuniti Sentul Dengan AI Dan...

0
Kuala Lumpur, 14 November 2026 – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital...

CATEGORIES