Saturday, October 3, 2026
HomeBERITAPenumpang Tembak Mati Perampas Kapal Terbang

Penumpang Tembak Mati Perampas Kapal Terbang

BELMOPAN, BELIZE – Penumpang dari Belize menembak mati seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) bersenjatakan pisau yang cuba merampas sebuah pesawat ringan, kata polis negara Caribbean itu.

Penyerang mengancam juruterbang sejurus selepas pesawat jenis Cessna Grand Caravan milik syarikat penerbangan Tropic Air itu berlepas pada waktu pagi bersama 14 penumpang dari bandar Corozal.

“Kapal terbang itu menuju ke Pulau San Pedro di Belize tetapi suspek mengarahkan juruterbang menukar haluan ke luar negara,” kata Pesuruhjaya Polis, Chester Williams kepada saluran berita Channel 5.

Pesawat itu kemudian berlegar-legar di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Belize sebelum mendarat ketika hampir kehabisan minyak apabila perampas menikam dua penumpang lain.

Seorang penumpang yang kebetulan membawa senjata api yang dilesenkan bertindak menembak mati penyerang, demikian menurut pegawai dan media tempatan.

Polis mengenal pasti penyerang sebagai wargnegara AS, Akinyela Sawa Taylor, 49, yang merupakan veteran tentera.

Semua penumpang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Dalam pada itu, Kedutaan Amerika di Belize menyuarakan kekesalan berhubung kejadian itu.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES