Friday, June 5, 2026
HomeHIBURANFatiya Latif Tak Kisah Wajah Jadi Bualan, Terima Dengan Hati Terbuka

Fatiya Latif Tak Kisah Wajah Jadi Bualan, Terima Dengan Hati Terbuka

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi Fatiya Latiff tidak kisah perubahan wajahnya menjadi bualan ramai terutamanya dalam media sosial.

Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata, penambahan usia menjadi faktor utama akan perubahan wajahnya.

“Itu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah.

“Saya tidak marah pun kepada orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” ujar Fatiya.

Meskipun begitu, lumrah menjadi selebriti Fatiya mengaku melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kejelitaannya.

“Saya ada ‘eye bags’ dan ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” ujar Fatiya.

Dalam pada itu, bintang drama Ariana Rose mengaku jarang memuat naik ‘posting’ dan membaca komen dalam media sosial untuk menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya hanya memuat naik posting berkenaan kerja sahaja, selain daripada itu saya jarang guna media sosial. Ini adalah cara saya menjaga mental,” tutur Fatiya yang ditemui pada majlis sidang media drama Bidaah sebentar tadi.

Selain Fatiya drama Bidaah yang mengisahkan tentang ajaran sesat turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Riena Diana, Fattah Amin, Vanida Imran, Fazlina Ahmad Daud, Hasnul Rahmat dan Malia Baby.

Drama 15 episod itu akan mula ditayangkan di laman penstriman popular, Viu bermula 6 Mac ini.

Sumber – KOSMO!ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Artis Pun Ada Perjuangan Sendiri Yang Tidak Diketahui Ramai’ – Scha...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berpandangan, masyarakat sering melihat kehidupan selebriti dari sudut luaran semata-mata tanpa menyedari pelbagai cabaran serta tekanan yang...

CATEGORIES