Thursday, October 22, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Rugi Jutaan Ringgit, Mereka Takkan Tidur Lena’

‘Saya Rugi Jutaan Ringgit, Mereka Takkan Tidur Lena’

ZAMAN sekarang, individu biasa-biasa pun termakan niat jahat manusia licik, apatah lagi selebriti terkenal yang sering menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

Niat baik untuk membantu akhirnya memakan diri apabila si penghutang mencari helah untuk melarikan diri.

Biarpun berhati-hati, helah si penipu sentiasa licik. Lebih menyedihkan, mereka ini sering kali bersembunyi di balik topeng keakraban dan kepercayaan, mencipta hubungan rapat hanya untuk kepentingan peribadi.

Begitulah pengalaman pahit selebriti serba boleh, Zizan Razak yang mendedahkan kerugian jutaan ringgit akibat ditipu beberapa individu.

Kata pemilik nama sebenar Mohd. Razizan Abdul Razak, individu terbabit awalnya memohon bantuan kewangan atau ingin menjalin perniagaan bersama, akhirnya menghilangkan diri apabila yang diidamtertunai.

“Kes penipuan bukanlah berkaitan dengan bisnes baju Melayu saya, tetapi membabitkan perniagaan-perniagaan lain sebelum ini.

“Antaranya, ada yang mahu pinjam duit, ada juga mengajak berniaga bersama tetapi bila tiba masa untuk bayar semula, mereka terus hilang begitu sahaja. Nilai kerugian saya mencecah jutaan ringgit.

“Untuk orang seperti saya, nilai itu memang besar,” dedahnya.

Lebih memilukan lelaki berusia 40 tahun itu, individu yang culas melunaskan hutang bukanlah orang asing, malah ada antara mereka pernah rapat dengannya.

“Yang rapat pun ada, yang tak rapat pun tiba-tiba jadi rapat sebab duit.

“Saya berharap perkara ini bukan dilakukan dengan niat jahat, tetapi bila telefon pun tak dijawab, keadaannya sangat berbeza sewaktu awal kenal,” luahnya.

MESKI rugi jutaan ringgit ditipu individu tidak bertanggungjawab, Zizan percaya pihak berkenaan tidak akan hidup senang malah menyerahkan kepada Allah SWT untuk untuk segala pembalasan.

Meskipun pernah ditipu dan dikhianati, pelakon filem Polis Evo itu memilih untuk tidak menyimpan dendam, sebaliknya berserah kepada Tuhan untuk segala pembalasan.

“Saya tetap bertanya tentang hutang mereka, tetapi tidak sampai tahap mengemis.

“Saya fikir, daripada kejar mereka seperti pengemis, lebih baik saya fokus bekerja.

“Allah masih beri saya rezeki dan peluang, jadi saya anggap ini sebagai ujian,” tuturnya.

Paling penting, Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular ke-31 itu percaya hidup sebagai penghutang yang tidak menunaikan janji tidak akan pernah tenang.

“Alhamdulillah, saya masih boleh tersenyum walaupun perkara ini berlaku.

“Mungkin ada kesilapan daripada pihak saya sendiri yang menjadi punca, mungkin juga ini ujian Allah untuk saya dan mereka.

“Saya lihat orang seperti ini tidak pernah hidup senang.

“Kalau senang pun, mereka tidak akan tenang. Saya tahu tidur mereka tak lena,” tutupnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TuJu Perlu Mantap, Bagi Meyakinkan Untuk Tarik Pengguna Tempatan

0
KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, perlu membuktikan keupayaannya dari segi ketepatan arah, kelancaran penggunaan dan kecekapan sistem sebelum dapat menjadi pilihan utama...

CATEGORIES