Monday, June 8, 2026
HomeSUKANF1: Hamilton Mula Laung Keyakinan

F1: Hamilton Mula Laung Keyakinan

MARANELLO – Lewis Hamilton percaya Ferrari memiliki segala ramuan untuk meraih kejayaan selepas menguji jentera baharunya, SF-25 buat kali pertama di Litar Fiorano, Itali.

Juara dunia tujuh kali itu yang meninggalkan Mercedes untuk menyertai Ferrari musim ini dan mengakui pengalaman pertama memandu jentera Scuderia adalah sesuatu yang luar biasa serta cepat menyesuaikan diri.

“Dari segi kejuruteraan dan keghairahan pasukan, semuanya berada di bawah satu bumbung. Saya tidak pernah mengalami suasana seperti ini sebelum ini. Ferrari memiliki segala-galanya untuk menang,” kata Hamilton.

Bagaimanapun, Hamilton menegaskan pasukan masih perlu terus bekerja keras dan memperbaiki beberapa aspek bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Hamilton, 40, yang sudah mula menyesuaikan diri dengan Ferrari sejak bulan lalu berkata, dia benar-benar menikmati setiap hari di kilang pasukan itu di Maranello.

“Ia tempat yang anda tidak mahu tinggalkan. Segalanya ada di sini, termasuk motorhome saya, jadi saya tidak perlu pergi ke mana-mana,” katanya.

Ketua pasukan Ferrari, Frederic Vasseur yakin kehadiran Hamilton membawa tenaga baharu ke dalam pasukan, sementara rakan sepasukannya, Charles Leclerc mengakui Hamilton datang pada masa yang tepat.

“Fred (Vasseur) berjaya memastikan emosi dalam pasukan berada pada tahap stabil. Kami semakin mantap dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan kehadiran Lewis memberi lonjakan semangat yang besar,” kata Leclerc.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Viviana, Ani Maiyuni Tersingkir Di Minggu Suku Akhir TTMM2

0
SHAH ALAM – Konsert minggu kelapan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Viviana dan Ani Maiyuni gagal melangkah ke peringkat separuh akhir...

CATEGORIES