Friday, July 24, 2026
HomeSUKANRob Friend Tekad Julang Harimau Malaya Ke Piala Dunia

Rob Friend Tekad Julang Harimau Malaya Ke Piala Dunia

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya, Rob Friend meletakkan harapan tinggi untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia pada masa akan datang.

Friend yang melaporkan diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya semalam mengakui cukup bersemangat tinggi dalam memperkasa Harimau Malaya bagi mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Kata Friend, fokus sekarang adalah untuk memastikan proses membentuk pasukan kebangsaan diperkemas dari segenap aspek.

“Kita ada pelan jangka pendek, pertengahan dan panjang. Tugasan pertama kita adalah kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan menentang Nepal dan ia amat penting buat pasukan kebangsaan.

“Jadi, sebagai langkah awal, kita mengumpulkan barisan kejurulatihan terbaik dunia seperti Dr Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

“Kita juga ada (ketua jurulatih) Peter Cklamovski yang pada saya salah seorang jurulatih terbaik di dunia.

“Kita perlu mengenal pasti beberapa permasalahan dan dengan visi Tunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor) untuk menjadi lebih baik, harapnya Malaysia dapat melangkah ke Piala Dunia kerana itu cita-cita saya,” kata Friend.

Kenyataan Friend itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman Facebook badan induk itu, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Campur Urusan Anak Menantu, Saya Mentua Dari Syurga’ – Che...

0
PETALING JAYA – Bukan jenis gemar mencampuri urusan rumah tangga anak, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengakui lebih selesa menjadi ibu mentua santai...

CATEGORIES