Monday, September 21, 2026
HomeSUKANEFL: Newcastle Sedar Kemenangan Belum Mutlak

EFL: Newcastle Sedar Kemenangan Belum Mutlak

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe menghamburkan pujian kepada para pemainnya yang berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut di tempat lawan.

Selepas menang ke atas Manchester United dan Tottenham Hotspur pada dua aksi Liga Perdana Inggeris sebelum ini, awal pagi semalam The Magpies berjaya mengatasi Arsenal 2-0 pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL).

Bagaimanapun, Howe tidak mahu menjadikan kemenangan kali ini sebagai jaminan untuk melangkah ke perlawanan akhir kerana pasukannya masih mempunyai banyak cabaran sebelum aksi timbal balik bulan depan.

“Masih banyak perlawanan yang perlu dilalui dan sekarang baharu saja selesai ‘separuh masa pertama’. Ia adalah kemenangan penting buat kami dan berharap ia dapat membantu pasukan untuk menghadapi perlawanan selepas ini.

“Tidak kira di mana kami akan bermain, kami cuba untuk memastikan kemenangan. Jika kamu berada di tempat saya, sudah pasti kamu perlu ada pelan dan strategi yang bagus.

“Masih ada aksi kedua selepas ini, tetapi buat masa sekarang ia bukan fokus utama saya,” katanya.

Pada perlawanan semalam, The Gunners merekodkan 23 percubaan, namun Alexander Isak terus mempamerkan ketajaman untuk menghasilkan gol kedua buat Newcastle diikuti satu jaringan kedua menerusi Anthony Gordon.1609

Kejayaan kali ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut diraih The Magpies, menyaksikan Isak berjaya meledak 10 gol dalam sembilan perlawanan terakhir.

Ahad ini Newcastle United dijadualkan bertemu Bromley pada aksi Piala FA dan Howe mempertahankan keputusannya untuk mengeluarkan Isak di separuh masa kedua bertemu Arsenal bagi memastikan dia terus cergas.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES