Tuesday, November 17, 2026
HomeHIBURANLan Zailan Hidap Kanser Tahap 4, Ada Masa 3 Bulan Sahaja

Lan Zailan Hidap Kanser Tahap 4, Ada Masa 3 Bulan Sahaja

PETALING JAYA – Selepas hampir seminggu menjalani siri pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pelakon senior, Lan Zailan disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.

Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Ruby Sara Omar, 51, menerusi mesej WhatsApp yang memaklumkan barah berkenaan sudah merebak ke bahagian organ dalaman lain.

“Doktor sudah sahkan Lan menghidap kanser pankreas tahap empat.

“Menurut doktor, jangka hayatnya hanya tiga bulan sahaja tetapi itu kata doktor sebab kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru,” kongsinya.

Dalam masa sama, Ruby turut berharap orang ramai, terutama kenalan rapat terus memberikan sokongan buat suaminya.

“Mohon sabahat terus bagi semangat kepada Lan,” ujarnya.

Sebelum ini, Lan atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin, 66, dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas keadaannya tidak berubah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik sejak Oktober lalu.

Lan yang bermula sebagai dramatis sekitar 1990-an pernah berlakon dalam ratusan naskhah termasuk Santan Berlada, Rumah Kedai, Gerak Khas, Tanah Kubur dan Metro Skuad, selain turut muncul di layar perak seperti filem Suami, Isteri dan …?

Sumber  – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hazama Tolak Sertai GVF Demi Komitmen Kerja Yang Dipersetujui Awal

0
KUALA LUMPUR – Komitmen kerja yang telah dipersetujui lebih awal menjadi punca penyanyi Hazama tidak dapat menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), sekali gus...

CATEGORIES