Friday, April 24, 2026
HomeSUKANEPL: Chelsea Bergelut Sebelum Menang

EPL: Chelsea Bergelut Sebelum Menang

LEICESTER – Chelsea kembali mendapatkan rentak kemenangan meskipun agak bergelut ketika menewaskan Leicester City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power malam kelmarin.

The Blues memastikan mereka terus berada dalam kelompok empat teratas menerusi dua jaringan yang dilakukan Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez, manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Jordan Ayew.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui dapat menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya sekadar mencatat keputusan seri dua kali berturut-turut dalam saingan liga sebelum ini menentang Manchester United dan Arsenal.

“Semua perlawanan adalah penting untuk kami dan hari ini (kelmarin) tidak terkecuali. Saya sangat gembira kami dapat membawa pulang tiga mata selepas beberapa ketika ‘sunyi’ daripada kemenangan.

“Jackson bermain cukup baik dan sentiasa bekerja keras untuk membantu pasukan. Kadang-kadang dia seperti pemain tengah apabila banyak turun ke bawah bagi membantu rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Mengulas terjahan keras yang dilakukan Wilfred Ndidi ke atas Cole Palmer, beliau yang merupakan bekas pengendali The Foxes tidak menganggap bekas anak buahnya itu sengaja melakukan kekasaran tersebut.

“Saya tidak fikir dia (Ndidi) sengaja menjadikan Cole (Palmer) sebagai sasaran. Jika dia berniat tidak baik, sudah tentu pengadil membuat keputusan berbeza, jadi saya setuju pengadil tidak melayangkan kad merah,” ujar Maresca.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Fikir Watak Pembantu Turunkan Taraf Pelakon’ – Amir Ahnaf

0
Mengakui sudah agak selektif dalam soal tawaran, aktor muda Amir Ahnaf tetap menerima watak pembantu atau sampingan selagi naratif karya tersebut mampu mencabar kemampuannya...

CATEGORIES