Tuesday, April 28, 2026
HomeLUAR NEGARAKakitangan Kedutaan Israel Ditikam Di Beijing

Kakitangan Kedutaan Israel Ditikam Di Beijing

BEIJING – Seorang kakitangan Kedutaan Israel di Beijing, China ditikam oleh seorang penyerang berusia 50 tahun di jalanan semalam, lapor portal berita metro.co.uk.

Polis menahan penyerang yang disifatkan sebagai warga asing, manakala Israel mengesahkan kakitangan tersebut  stabil di sebuah hospital.

Motif serangan tidak didedahkan dan berlaku berhampiran Kedutaan israel. Insiden berlaku selepas Israel mengkritik kenyataan China berikutan Rejim Zionis membedil Gaza pada Sabtu minggu lalu.

Polis China masih menyiasat kejadian tersebut.

Klip video yang tidak disahkan kesahihannya di laman  X menunjukkan seorang lelaki berlumuran darah terbaring di kaki lima jalan dan memberitahu orang ramai bahawa dia berasal dari Kedutaan Israel.

Dalam video sama, kedengaran suara seorang anggota dari balai polis Xinyuanli yang terletak di timur laut Beijing memperkenalkan dirinya.

Kelmarin  Duta Israel ke China, Rafi Harpaz bercakap dengan utusan China untuk Asia Barat, Zhai Jun untuk menyatakan kekecewaan mendalam Tel Aviv terhadap komen Beijing mengenai serangan Hamas.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Menitis Air Mata, Nak Peluk Tak Dapat’ – Datuk Red

0
SHAH ALAM – Kehadiran usahawan sensasi, Datuk Red ke sprogram realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bagi memberikan sokongan kepada bekas isteri,...

CATEGORIES