Wednesday, June 24, 2026
HomeSUKANLiga Super: Aksi Terakhir Norde Bersama KDA FC

Liga Super: Aksi Terakhir Norde Bersama KDA FC

ALOR SETAR – Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde hampir pasti akan meninggalkan Sang Kenari bagi menyertai Malut United FC dari Indonesia, bulan depan.

Sumber dalaman pasukan memaklumkan, perbincangan antara kelab dari negara jiran itu dengan Sony dan KDA FC kini sudah berada di tahap akhir dan hanya menanti masa untuk dimuktamadkan.

Begitu pun katanya, Sony akan tetap beraksi dalam saingan pusingan 16 Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City pada 22 November depan.

“Kelibat Sony menarik perhatian pengurusan dan barisan kejurulatihan Malut United FC ketika mereka berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk Piala Cabaran Nusantara Ogos lalu.

“Sebelum ini pasukan itu dikhabarkan turut tertarik untuk mendapatkan khidmat tonggak pertahanan dari Brazil, Cleylton Santos namun menerusi perbincangan dijalankan, hanya Sony yang bakal berhijrah ke sana,” katanya.

Sony menjadi pemain import kedua Sang Kenari yang meninggalkan pasukan itu setelah seorang lagi pemain tengah import, Habib Haroon menamatkan kontrak lebih awal pada Ogos lalu untuk kembali bermain di Bahrain. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES