Saturday, September 12, 2026
HomeBERITAMayat Lelaki Dijumpai Berhampiran Kunci Air Alam Impian

Mayat Lelaki Dijumpai Berhampiran Kunci Air Alam Impian

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki berpakaian lengkap dalam keadaan tertiarap dijumpai di tebing sungai berhampiran kunci air, Alam Impian Seksyen 35 di sini kira-kira pukul 4.03 semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut.

“Pemeriksaan terhadap badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuhnya yang boleh menyebabkan kematian mangsa. Siasatan dijalankan dibawah mati mengejut (SDR).

“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES