Thursday, November 5, 2026
HomeHIBURANLim Bo-Ra, Swings Kembali Bercinta

Lim Bo-Ra, Swings Kembali Bercinta

HAMPIR tiga tahun putus cinta dan tidak berhubung antara satu sama lain, pelakon Lim Bo-ra dan penyanyi rap Swings dilaporkan kembali hangat menjalin cinta.

Menurut sebuah laporan, Bo-ra dan Swings dilihat terbuka meluangkan masa bersama di sebuah pub terkenal di Seoul.

Menariknya, laporan tersebut turut mendedahkan pasangan tersebut menghabiskan masa kira-kira tiga jam berbual sambil memegang erat tangan masing-masing.

Diminta mengulas lanjut mengenai laporan terzebut, label Swings, P Nation enggan memberikan apa-apa kenyataan memandangkan mereka hanya menguruskan kerjaya artis bukannya perihal peribadi.

“Sukar untuk mengesahkan, itu adalah kehidupan peribadi artis, kami tidak mahu memberi kenyataan yang tidak tepat,” kata wakil label tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

30 Penjaja Raih Jualan RM207,000 Tanpa Sewa Tapak Di MotoGP

0
SEPANG, 3 Nov – Peluang berniaga di acara sukan bertaraf antarabangsa tanpa perlu menanggung kos sewa tapak membuahkan hasil apabila 30 penjaja tempatan berjaya...

CATEGORIES