Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANLim Bo-Ra, Swings Kembali Bercinta

Lim Bo-Ra, Swings Kembali Bercinta

HAMPIR tiga tahun putus cinta dan tidak berhubung antara satu sama lain, pelakon Lim Bo-ra dan penyanyi rap Swings dilaporkan kembali hangat menjalin cinta.

Menurut sebuah laporan, Bo-ra dan Swings dilihat terbuka meluangkan masa bersama di sebuah pub terkenal di Seoul.

Menariknya, laporan tersebut turut mendedahkan pasangan tersebut menghabiskan masa kira-kira tiga jam berbual sambil memegang erat tangan masing-masing.

Diminta mengulas lanjut mengenai laporan terzebut, label Swings, P Nation enggan memberikan apa-apa kenyataan memandangkan mereka hanya menguruskan kerjaya artis bukannya perihal peribadi.

“Sukar untuk mengesahkan, itu adalah kehidupan peribadi artis, kami tidak mahu memberi kenyataan yang tidak tepat,” kata wakil label tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Netizen Desak Radio Tempatan Henti Main Lagu Ed Sheeran

0
PETALING JAYA – Demi solidariti kepada penduduk Gaza, stesen radio tempatan digesa menghentikan penyiaran lagu penyanyi popular Britain, Ed Sheeran, susulan kontroversi membabitkan isu...

CATEGORIES