Thursday, June 25, 2026
HomeLUAR NEGARAPendaki Tersepit Di Celah Batu Ketika Cuba Ambil Telefon Bimbit

Pendaki Tersepit Di Celah Batu Ketika Cuba Ambil Telefon Bimbit

CANBERRA – Seorang pendaki di Australia mengalami detik cemas apabila terperangkap di celah batu dalam keadaan terbalik ketika cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Kejadian berlaku di kawasan Lembah Hunter, negeri New South Wales.

Wanita bernama Matilda Campbell dilaporkan tersepit di antara dua batu pada kedalaman tiga meter selama kira-kira tujuh jam.

Gambar yang dikeluarkan oleh pasukan penyelamat menunjukkan kedua-dua kaki mangsa terjuntai keluar di antara dua batu besar itu.

Menurut pasukan penyelamat, mereka terpaksa menarik salah satu batu gergasi seberat 499 kilogram untuk menyelamatkan mangsa.

“Dia selamat dan hanya mengalami lebam dan luka kecil tetapi telefon bimbitnya gagal diselamatkan,” kata anggota penyelamat.

Sumber -AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES