Monday, May 25, 2026
HomeBERITA'Keldai Akaun' Ditahan, Curi RM129,970 Dalam Sindiket Bitcoin

‘Keldai Akaun’ Ditahan, Curi RM129,970 Dalam Sindiket Bitcoin

Balik Pulau: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit sebagai ‘keldai akaun’ dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Barat Daya untuk membantu siasatan berhubung kes penipuan yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM129,970.

Katanya, penahanan suspek adalah berikutan laporan seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun di Bayan Baru, yang mendakwa ditipu sindiket pelaburan Bitcoin dengan janji keuntungan 200 peratus setahun tetapi tidak menerima pulangan.

“Mangsa melakukan beberapa transaksi secara dalam talian ke pelbagai akaun bank, termasuk akaun milik lelaki yang ditahan itu, sejak 11 Julai hingga 10 Ogos dengan jumlah keseluruhan mencapai RM129,970,” kata Kamarul Rizal ketika dihubungi Bernama, pagi ini.

Beliau berkata, lelaki tersebut kini direman bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber- Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES