Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURANAfdlin Shauki sah bertanding Timbalan Presiden KLFA

Afdlin Shauki sah bertanding Timbalan Presiden KLFA

KUALA LUMPUR – Pengarah filem dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada kongres yang dijadualkan 12 Oktober ini.

Daripada senarai calon, Afdlin akan bersaing dengan tiga pencabar, Datuk Azril Mat Drus, Datuk Kamaruddin Hassan dan Datuk Seri Wong Yeon Chai bagi merebut dua kerusi timbalan presiden.

Selain dua kerusi berkenaan, kongres kali ini bakal menyaksikan lapan calon akan merebut empat kerusi naib presiden dan 19 calon lagi akan berebut 10 jawatan exco.

Bagi perebutan kerusi Presiden KLFA, pemangkunya, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid akan dicabar oleh Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar.

Penolong Setiausaha Agung KLFA, Noor Aswana Afandi, berkata 27 ahli gabungan layak mengundi pada kongres pemilihan yang akan diadakan pada 12 Oktober ini.

“Selepas ini calon akan diberikan Borang E untuk dijawab sama ada terima atau pun tidak. Jika ada penarikan diri sekalipun, tiada lagi tambahan calon,” katanya- Sumber Kosmo Online!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES