Friday, April 17, 2026
HomeBERITAAnwar Diminta KSN Baharu Junjung Prinsip Tatakelola

Anwar Diminta KSN Baharu Junjung Prinsip Tatakelola

PETALING JAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar diminta menjunjung tinggi prinsip tatakelola dalam menggalas amanah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Shamsul Azri turut diminta bekerja keras untuk memastikan dasar-dasar kerajaan berjalan dengan baik.

“Menerima kunjungan hormat KSN yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Perdana Putra hari ini.

“Saya sampaikan amanat supaya beliau menjunjung tinggi prinsip tatakelola dalam menggalas amanah dan perlu bekerja keras untuk memastikan dasar-dasar kerajaan berjalan dengan baik untuk memastikan kemakmuran rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu mereka turut berbincang mengenai struktur gaji baharu penjawat awam yang bakal diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan pada pembentangan Belanjawan 2025.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Global Sumud Flotilla 2.0 Aktifkan ‘Live Tracker

0
PETALING JAYA – Pergerakan Global Sumud Flotilla yang kini dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengumumkan sistem penjejak masa nyata (live tracker) mereka...

CATEGORIES