Wednesday, June 24, 2026
HomeBERITA‘Keldai Dadah’ Ditahan Bawa Syabu, Pil Ekstasi RM2.6 juta

‘Keldai Dadah’ Ditahan Bawa Syabu, Pil Ekstasi RM2.6 juta

SEPANG – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 50 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan pil ekstasi bernilai hampir RM2.6 juta dalam serbuan di Sabak Bernam pada 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan dan rampasan itu sekali gus menumpaskan sindiket pengedaran dadah di daerah Sabak Bernam.

Dalam serbuan pukul 4.30 pagi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sabak Bernam menemukan 50 bungkusan berwarna biru dan hijau berisi syabu dan ekstasi dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

“Ujian air kencing mendapati suspek yang berusia 40 tahun positif methamphetamine. Siasatan mendapati dadah tersebut dipercayai untuk edaran ke negara jiran.

“Suspek yang mempunyai enam rekod jenayah dan dadah direman selama enam hari untuk siasatan lanjut sehingga 13 Ogos ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah ‘transporter’ (keldai dadah) dan dibayar RM2,800 sebagai upah bagi setiap penghantaran.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES