Sunday, June 28, 2026
HomeLUAR NEGARAWarga emas berebut suami berguling atas tanah

Warga emas berebut suami berguling atas tanah

JAKARTA – Perbuatan dua warga emas yang bertengkar sehingga berguling di atas tanah kerana berebut seorang lelaki, mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di sebuah pasar yang terletak di Kampung Masalili, Muna, dalam wilayah Sulawesi Tenggara pada Jumaat lalu.

Dua wanita berkenaan hanya dikenali sebagai WI dan WP.

Perselisihan itu berlaku apabila suami kepada WI dikatakan berjanji untuk mengahwini WP.

Bagaimanapun, janji manis itu tidak ditunaikan sehingga membuatkan WP berang.

Hubungan sulit itu kemudian terbongkar dan diketahui si isteri sehingga kedua-dua mereka menyerang antara satu sama lain di tengah pasar.

Sebuah klip video memaparkan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mengundang perhatian orang ramai.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Batik Air Perkukuh Rangkaian Asia dengan Pelancaran Laluan Kuala Lumpur–Shanghai

0
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Batik Air terus mengukuhkan kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali...

CATEGORIES