Thursday, June 18, 2026
HomeBERITAKecantikan Puteri Sultan Brunei menjadi tumpuan ramai

Kecantikan Puteri Sultan Brunei menjadi tumpuan ramai

Kuala Lumpur: Kehadiran puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada Majlis Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini mencuri tumpuan ramai.

Hantaran dimuat naik di akaun ameeraahbolkiahh tular selepas berkongsi petikan siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyaksikan Puteri Ameerah berjalan memasuki Balairung Seri, Istana Negara bersama kerabat diraja Brunei.

Berangkat sama, Putera Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah Adam.

Puteri Ameerah yang manis berbaju kurung moden dan bertudung kelabu iuga dilihat cuba membetulkan ‘shawl’ miliknya ketika duduk dalam barisan tetamu kehormat diraja lain.

Semalam, penampilan Puteri Ameerah dalam kurung moden serba coklat turut menjadi sorotan ketika rombongan keluarga diraja Brunei itu disambut keluarga diraja Johor selepas tiba di Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen mengalu-alukan kedatangan Puteri Brunei itu ke Malaysia.

Pemilik akaun, azrinaghani mengalu-alukan kedatangan Puteri Ameerah yang disifatkannya sebagai rumah kedua puteri bongsu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu.

“It’s your second home princess (Ini rumah kedua kamu puteri). May you enjoy your stay (semoga kamu seronok di sini),” tulisnya.

Pemilik akaun karlomar73 berkata, Malaysia umpama rumah kedua buat Puteri Ameerah kerana dia sebahagian daripada rakyat negara ini.

Ada juga netizen yang memuji kecantikan paras rupa dan keanggunan serta tidak kurang juga ramai menyamakan puteri itu persis ibunya, bekas pengacara dan wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

“This style tudung look like her mother (gaya pakai tudung macam ini sama macam ibunya,” tulis lilycyylil.

“Cantik macam ibunya,” kata salmiahah.

Selain itu, sudah pasti pertemuan puteri itu dengan ibunya turut disentuh dan menjadi topik perbualan netizen.

“So Princess Ameerah joined them in Malaysia (Puteri Ameerah ada dengan mereka di Malaysia)….hope her mother will see her (harap ibunya boleh jumpa dengannya),” tulis lornacuevasborromeo.

“Welcome home Princess (Selamat pulang puteri), semoga direzekikan bertemu dengan bondanya,” kata pemilik akaun ybyatie.

“Dah alang-alang berada di Malaysia, boleh lah jumpa bonda tercinta sekali,” kata mommyxenia.

Bagaimanapun, pemilik akaun berkenaan, ameeraahbolkiahh memberitahu Azrinaz tiada di Malaysia kerana bercuti dengan keluarganya.

“I don’t think so cause CP Azrinaz n family tengah bercuti dekat Hong Kong (saya rasa tak sebab Che Puan Azrinaz dan keluarga bercuti di Hong Kong),” tulisnya.

Sementara itu, semakan Harian Metro di Intagram Azrinaz mendapati, wanita itu hanya memuat naik peringatan mengenai menjaga solat lima waktu, semalam.

Hantaran seminggu sebelum itu menyaksikan Azrinaz memuat naik video mengenai percutiannya bersama keluarga di Hong Kong.

Puteri Ameerah yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan, 28 Januari 2008 adalah anak ke-12 Sultan Brunei dan anak bongsu baginda dengan bekas isteri, Azrinaz.

Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005 sebelum dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Ameerah,16, dan abangnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18.

Azrinaz dan Sultan Brunei berpisah pada 2010 sebelum mendirikan rumah tangga kali kedua dengan bekas rakan sekerjanya di TV3, Firoz Khan Abdul Hamid, 1 Mei 2018.

Sumber : Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Suka Lelaki Pandai Bertukang, Buat Wiring’ – Zara Zya

0
PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya mendedahkan tertarik kepada lelaki yang memiliki kemahiran melakukan kerja berkaitan teknikal dan tugasan berat. Zara atau nama sebenarnya Zainurul...

CATEGORIES