Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITADibaham harimau kita sedang buang 'hajat'

Dibaham harimau kita sedang buang ‘hajat’

JAKARTA – Seorang lelaki maut selepas diterkam seekor harimau ketika dia  membuang air kecil dalam serangan binatang buas itu di Siak, wilayah Riau, lapor portal berita Serambinews.com semalam.

Mangsa yang berusia 43 tahun diseret beberapa meter sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.

Seorang rakan sekerjanya mendengar jeritan lelaki itu dan bergegas meminta pertolongan penduduk setempat.

Mangsa diterkam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Penyengat, Riau, malam Selasa lalu.

Ketua Balai Pemuliharaan Sumbar Daya Alam (BBKSDA), Gennman Hasibuan berkata, mangsa  berasal dari Pinang Sebatang Timur dan bekerja di ladang kelapa sawit itu.

“Ya, memang ada kejadian pekerja ladang yang dibaham harimau hingga menjadi korban.

“Ketika ini, BBKSDA Riau sedang menanganinya di tempat kejadian,” kata Gennman. – AGENSI

Sumber : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES